Thursday, February 19, 2015

Module 3 Gear 1 Training - Pesanan & Nasihat

Teknik pantas ini tidaklah sukar sebenarnya jika anda dah biasa menggunakan “KEYBOARD SHORTCUT”.
Jika anda tak berapa biasa menggunakan keyboard shortcut, anda perlu mengambil sedikit masa untuk mempelajari & memahirkan diri dengannya. Pengalaman saya sendiri dengan menggunakan keyboard shortcut, terlalu banyak kerja saya boleh cepatkan & terlalu banyak masa saya dah berjaya jimatkan sepanjang saya buat kerja menggunakan komputer. Alhamdulillah. :-)
Jadi, peruntukkan masa anda untuk mempelajarinya! :-)
Seperti yang saya sudah katakan kepada anda di awal tutorial ini, Modul 3 ini hanyalah sebagai “TRAINING @ LATIHAN” untuk memahami bagaimana proses pemasaran ini berjalan.
Saya sarankan anda untuk membina Sistem Automasi Penghantaran Iklan anda sendiri menggunakan platform yang saya sediakan dalam tutorial Modul 4. Ini kerana ianya dapat menjimatkan TERLALU BANYAK DARIPADA MASA ANDA! InsyaAllah.
Teknik Pantas Hantar Iklan Secara Manual ini memang boleh anda aplikasikan dalam pemasaran Facebook Groups. Namun, kita tetap terpaksa berhadapan dan patuh pada terma & syarat Facebook. Kita guna FB pun free kan? So, banyak la terma & syaratnya. :-)
Sebenarnya teknik ini berpotensi besar jika Facebook tidak mempunyai sekatan seperti sedia ada sekarang. Namun disebabkan sekatan tersebut, kita terpaksa juga menyekat jumlah post kita dalam setiap tempoh waktu sejam.
Apa penyelesaiannya?
Mahirkan diri anda dengan Sistem Automasi Penghantaran Iklan anda sendiri. Rujuk tutorial dalam MODUL 4.
Semoga berjaya! :-)

No comments:

Post a Comment