Thursday, February 19, 2015

Modul 4.0 Pengenalan Sistem Automasi Penghantaran Iklan

(Modul 4.0) Pengenalan Sistem Automasi Penghantaran Iklan

Sistem Automasi Penghantaran Iklan dalam tutorial ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada 4 sistem berbeza yang bakal saya ceritakan kepada anda. Setiap sistem ini mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing.
Sistem pertama yang saya kongsikan bersama anda adalah menggunakan software yang perlu dirun pada komputer anda untuk menggunakannya. Software ini saya kongsikan kepada anda secara percuma. Maka anda tidak perlu membuat pembelian berasingan untuk mendapatkan software ini. Download je daripada pautan yang saya dah sediakan & ikut tutorial yang disediakan bagaimana nak menggunakannya. :-)
Sistem kedua pula melibatkan penggunaan 1 sistem aplikasi online yang dibangunkan oleh anak tempatan. Untuk menggunakan sistem ini, anda perlu membuat pembayaran berasingan kepada pemilik sistem tersebut supaya anda mendapat akses khas bagi menggunakannya. Namun jangan risau, bayaran untuk anda menggunakan sistem kedua ni hanyalah RM10 je untuk tempoh SETAHUN penggunaan. Murah kan? ;-)
Sistem ketiga juga adalah sistem aplikasi online yang juga dibangunkan oleh anak tempatan. Paparan pengguna (interface) sistem ini lebih ringkas & mudah. Bayaran pun sama cuma RM10 bagi menggunakannya. Tapi berbeza daripada segi tempoh penggunaan di mana RM10 tersebut adalah untuk kos penggunaan SEBULAN. Jadi, kalau anda nak guna sistem ni secara berterusan anda perlulah membuat pembaharuan (renew) akaun anda setiap bulan sebanyak RM10. Pun masih murah kan kalau nak dibandingkan jumlah masa yang kita gunakan kalau kita hantar iklan sendiri secara manual setiap hari? ;-)
Sistem keempat pula adalah melibatkan penggunaan software seperti yang diceritakan dalam sistem pertama. Bezanya, sistem keempat ini lebih advance daripada sistem pertama. Software dalam sistem keempat ini anda perlu dapatkan secara berasingan (perlu beli sendiri) dengan harga USD49 (lebih kurang RM170). Harga ni adalah LIFETIME iaitu harga untuk seumur hidup anda menggunakan software tersebut. Saya guna software ni untuk akaun FB saya yang menghadapi masalah tidak boleh nak buat aplikasi dalam Facebook Developer. Seperti saya dah nyatakan, software ni mempunyai fungsi yang advance. Memang puas hati! :-)

No comments:

Post a Comment