Thursday, February 19, 2015

Module 3 Gear 1 Training - Memasukkan Bahan Promosi Dengan Pantas

Pastikan anda telah simpan bahan promosi untuk setiap iklan ke dalam fail khas di komputer @ laptop anda.
1 fail untuk 1 iklan.
Bagi teks iklan anda, saya cadangkan anda simpan ke dalam format .txt (notepad). Setiap komputer mempunyai perisian ini kerana ianya adalah perisian asas yang sudah tersedia dalam komputer @ laptop anda. Format txt (notepad) ini adalah ringan. Jadi setiap kali anda nak buka teks tersebut, ianya akan dibuka dengan segeraBerbeza pula jika anda simpan teks iklan anda tersebut ke dalam perisian Microsoft Office Word kerana biasanya ia akan mengambil masa yang sedikit lama untuk membuka fail tersebut.
Bagi gambar untuk iklan anda pula. Lebih baik anda simpankannya dalam format PNG @ JPEG @ GIF kerana 3 format ini biasanya diterima mudah oleh kebanyakan website.
Pastikan bahan-bahan promosi ini anda simpan ke dalam fail khas di komputer @ laptop anda. Jika anda nak simpan banyak bahan promosi dalam 1 fail besar, pastikan anda rename (menamakannya) dengan betul & bersistematik. Jadi lebih mudah untuk anda mencari fail tersebut di saat anda memerlukannya nanti.
Untuk memasukkan bahan-bahan promosi ke dalam iklan anda di Facebook Groups, pastikan anda telah melayari banyak pautan seperti yang diajarkan dalam tutorial sebelum ini. Juga, pastikan anda tahu bagaimana untuk bergerak dengan pantas dari tab ke tab yang lain.
Jika anda sudah boleh melakukan 2 kemahiran di atas, sekarang tiba masanya untuk anda menguasai kemahiran terakhir iaitu memasukkan bahan promosi dengan pantas.
1) “Select All” teks iklan anda
Buka fail teks iklan anda. Kemudian “Select All” teks tersebut. Rujuk contoh dalam gambar di bawah;
Select All Teks Iklan
Anda juga boleh menggunakan keyboard shortcut dengan menekan kekunci “Ctrl”, kemudian dalam masa yang sama anda tekan pula kekunci huruf “A” pada keyboard anda. Maka teks anda semuanya akan menjadi biru seperti dalam contoh gambar di bawah;
Select All Biru
2) “Copy” teks iklan anda
Seterusnya anda salin @ copy semua teks iklan anda tersebut.
Copy Teks Iklan
Anda juga boleh menggunakan keyboard shortcut dengan menekan kekunci “Ctrl”, kemudian dalam masa yang sama anda tekan pula kekunci huruf “C” pada keyboard anda. Maka semua teks anda tersebut sudah disalin @ copy.
3) “Paste” teks iklan anda
Secara asasnya apabila anda layari setiap group tersebut, anda akan dipaparkan dengan pilihan untuk membuat post jenis teks seperti dalam gambar di bawah;
Secara Asas Jenis Post di Group
Jika anda nak hantarkan iklan jenis bergambar, pastikan anda klik terlebih dahulu “Add Photo / Video” seperti dalam gambar di bawah;
Post jenis bergambar
Masukkan gambar yang anda hendak post sebagai iklan dan masukkan teks iklan anda pada ruang yang telah disediakan. Masukkan teks iklan dengan cara “paste” seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah
Paste Iklan
Anda juga boleh menggunakan keyboard shortcut dengan menekan kekunci “Ctrl”, kemudian dalam masa yang sama anda tekan pula kekunci huruf “V” pada keyboard anda. Maka semua teks anda yang telah disalin sebelum ini akan disalin semua ke dalam tempat baru yang anda hendak salinkan tersebut. Dalam kes ini, ianya akan disalin semula dalam ruang post Facebook Groups.
4) “Post” iklan anda
Selesai anda melakukan langkah di atas, anda klik pula butang biru bertulis “Post” untuk andapost iklan anda tersebut.
5) Bergerak dari tab ke tab(Guna cara pantas yang telah saya ajarkan sebelum ini untuk bergerak dari tab ke tab)
Kemudian anda terus bergerak kepada tab yang berikutnya untuk anda post iklan anda. Ulang langkah 3 & langkah 4 pada tab baru. Tak perlu tunggu sehingga dah berjaya membuat post padatab yang pertama, kemudian baru anda nak buat post pada tab yang kedua & seterusnya. Ianya akan melambatkan kerja anda untuk menunggu satu demi satu. Lebih baik anda terus buat postbaru pada tab yang seterusnya. Biarkan komputer & internet anda membuat kerja untuk postiklan anda tersebut sebaik sahaja anda klik butang “Post”.
Selesai anda membuat post iklan anda untuk pautan-pautan tersebut, tutup kesemuanya. Kemudian buka/layari pula pautan-pautan yang seterusnya dalam senarai group untuk anda post iklan anda.

No comments:

Post a Comment