Thursday, February 19, 2015

Module 3 Gear 1 Training - Bergerak Pantas Dari Tab ke Tab

Selepas anda berjaya melayari banyak group dengan cepat daripada tutorial sebelum ini, kini masanya pula untuk anda menguasai teknik untuk bergerak pantas dari tab ke tab.
Jika anda tak berapa faham maksud tab, saya tunjukkan contoh di bawah.
Bergerak Pantas Dari Tab ke Tab
Apabila anda melayari banyak pautan, maka semua pautan tersebut akan di buka di tab baru seperti yang ditunjukkan anak panah merah dalam gambar di atas.
Untuk bergerak dari tab ke tab yang lain, kebiasaannya kita akan menggunakan mouse.
Sememangnya mudah untuk kita bergerak dari tab ke tab menggunakan mouse.Tapi dalam kes kita yang “buat kerja promosi” di Facebook group menggunakan cara manual ini, adalah lebih pantas untuk kita bergerak dari tab ke tab menggunakan teknik ini (keyboard shortcut). Ini kerana kita juga akan memasukkan bahan promosi kita selepas ini menggunakan cara yang sama iaitu keyboard shortcut.
Jadi, bagaimana nak bergerak pantas dari tab ke tab?
Ok, untuk menjelaskan perkara ini kita akan kembali menggunakan keyboard. Rujuk kekunci “Tab” & kekunci “Ctrl” pada keyboard anda. Kedudukan 2 kekunci tersebut anda boleh lihat dalam contoh gambar di bawah.
Kekunci Tab & CTRL
Untuk bergerak dengan pantas dari tab ke tab:
1) Tekan mana-mana kekunci “Ctrl” pada keyboard anda
2) Dalam masa yang sama, anda tekan pula kekunci “Tab”
3) Lihat pergerakan pada pelayar internet anda
Anda akan nampak setiap kali anda melakukan langkah 2, tab pada pelayar internet anda bergerak dari satu tab ke tab yang lain dengan segera. Mudah kan? :-)
Persoalannya, kenapa nak kena buat benda ni sedangkan kita boleh buat dengan mudah menggunakan tetikus  @ mouse?
Ya, saya akui memang kita boleh buat dengan mudah menggunakan tetikus. Tapi ianya tidak sepantas apabila kita menggunakan keyboard. Dalam langkah seterusnya, kita juga akan menggunakan teknik “keyboard shortcut” ini. Jadi adalah lebih cepat untuk kita membuat kerja dengan menggabungkan beberapa kemahiran “keyboard shortcut”  ini sepanjang kita membuat post secara manual.

No comments:

Post a Comment