Thursday, February 19, 2015

AAA Baca Ini Dahulu!

Setinggi-tinggi penghargaan & jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana mendapatkan produk saya ini.
Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah VERSI UPGRADE daripada produk saya sebelum ini iaitu Keahlian Premium: Senarai Group Dot Com.
Seperti yang anda sudah sedia maklum, trafik @ pelawat yang diperolehi melalui strategi pemasaran yang saya kongsikan dalam produk ini adalah BERSUMBERKAN daripada BANYAK GROUP di Facebook!
Apa yang saya sediakan kepada anda adalah senarai group di Facebook yang anda boleh sertai & beriklan sepuas hati. Semua group ini saya sendiri gunakan setiap hari. Oleh sebab itu saya akan sentiasa update laman keahlian ini. Mana-mana group yang sudah tidak membenarkan post secara auto approve akan saya keluarkan daripada senarai & digantikan dengan group yang lain. InsyaAllah.
Jumlah group pada awalnya yang saya kongsikan adalah 100 group auto approve post. Kemudian banyak versi kemaskini & naik tarah yang telah saya lakukan daripada versi-versi sebelum ini sehingga ke versi yang anda terima pada hari ini.
Versi terkini adalah yang sedang anda baca di halaman ini. :-)
Jumlah group yang sepatutnya anda dapat daripada saya melalui laman keahlian ini adalah 700 group. Namun begitu saya telah lebihkan 300 lagi group daripada yang sepatutnya anda terima daripada saya. Maka anda akan menerima senarai 1000 group dalam laman keahlian ini. Yang lebih tu kira bonus la ye! :-)
Ini bertujuan supaya anda mendapat 700 Facebook Groups – Auto Approve Post seperti yang saya janjikan kepada anda.
Menjadi Ahli Sebelum Beriklan
Anda perlu menjadi ahli di setiap group ini terlebih dahulu, barulah anda dapat beriklan sepuas hati. Biasanya permintaan anda untuk menjadi ahli akan approve cepat. Untuk 700 group ini saya cadangkan anda “request” dalam sehari 50 group sahaja untuk menjadi ahli, kemudian 50 group yang seterusnya pada hari kedua dan begitulah seterusnya.
Daripada pengalaman saya, Facebook hanya membenarkan sekitar 75 – 100 group sahaja anda boleh “request” untuk “join” jadi ahli dalam sehari. Adalah lebih selamat jika anda “play under radar” seperti yang saya sarankan.
Sesetengah daripada group ini menetapkan syarat terlebih dahulu sebelum boleh beriklan. Tapi untuk makluman anda, disebabkan produk ini MEMFOKUS kepada Groups Auto Approve Post, maka 100% saya jamin anda akan mendapat sekurang-kurangnya 700 group auto approve post daripada senarai ini. :-)
Walaupun anda tidak memenuhi @ tidak melakukan syarat seperti yang pihak admin group tetapkan, post yang anda buat masih tetap di approve secara automatik & akan keluar dalam feed group tersebut dengan serta merta. Ini terjadi kerana admin-admin group ini telah menetapkan fungsi  “auto approve” untuk setiap post dalam group mereka. :-)
Mungkin ada 1-10 group sahaja dalam senarai group ini akan approve post secara manual. Disebabkan itulah saya melebihkan 300 group daripada yang sepatutnya. Walaupun ada beberapa group sahaja yang approve post anda secara manual, tapi mereka tetap akan approve post iklan anda selepas itu (apabila mereka online). Maka, anda tak perlu risau iklan anda takkan approve. Confirm approve punya! insyaAllah. :-)
Kenapa Beriklan di Group AA
Masalah yang dihadapi kadang-kala apabila kita cuba memenuhi syarat yang admin tetapkan seperti ADD ahli baru ke dalam group biasanya akan mengundang perasaan “tidak senang” daripada kawan-kawan FB kita yang kita telah ADD mereka ke dalam group tersebut. Ini kerana kita ADD mereka tanpa izin mereka & dalam keadaan yg kebanyakan daripada mereka “TAK NAK” pun join group-group ini semua kerana disebabkan ianya akan MEMENUHKAN bahagian NOTIFICATION pada profil Facebook mereka.
Saya sendiri pernah kena “SOUND” kerana ADD member baru ke dalam group untuk membenarkan saya beriklan. Saya ADD kerana saya nak memenuhi syarat-syarat admin group. Akibatnya saya pula yang kena “SOUND”. Disebabkan itulah saya telah menghasilkan produk ini. Supaya saya & anda boleh beriklan di dalam group-group ini sepuas hati tanpa kena “SOUND” oleh orang lain kerana ADD member baru ke dalam group.
Saya telah cuba sebaik yang mungkin untuk berkongsi ilmu dengan anda. Saya juga insan biasa yang tak lari dari kesilapan & kelemahan. Jika ada penjelasan saya yang membuatkan anda keliru @ tak faham, anda boleh hubungi saya minta bantuan.
Maaf atas kekurangan & kelemahan diri ini.
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada saya dengan mendapatkan produk ini.
Wassalam. :-)
Salam kejayaan buat anda,

No comments:

Post a Comment