Thursday, February 19, 2015

Module 3 Gear 1 Training - Kadar Selamat Jumlah Post Iklan

Saya sendiri masih tak tahu berapa kadar maksimum yang boleh saya post iklan dalam sehari ke group-group di Facebook. Ini kerana saya sendiri pernah menghantar post sehingga lebih 1200 dalam sehari menggunakan software khas dan akaun saya masih selamat hingga hari ini. Alhamdulillah.
Walaupun akaun saya pernah kena sekat, tapi ianya bersifat sementara. Kemudian saya boleh buat post macam biasa.
Ada dikalangan pelajar saya yang akaun FB nya masih baru tapi sudah boleh buat banyak post. Ada juga yang memiliki akaun FB yang sudah bertahun-tahun lamanya, tapi mudah je kena sekat dengan pihak FB sehingga tak boleh nak post iklan.
Masih belum ada jawapan yang tepat untuk mengetahui kadar maksimum kita boleh buat post ke group-group di Facebook dalam sehari. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi perkara tersebut seperti umur akaun FB, dari mana login, ketulenan akaun, kadar aplikasi, jarak antara setiap post, dan sebagainya.
Buat masa ini apa yang saya pasti adalah KADAR SELAMAT kita boleh buat post DALAM MASA 1 JAM.
Berdasarkan pengalaman saya, menghantar post secara manual sebenarnya lebih mudah untuk kita kena “block” dengan Facebook berbanding menggunakan software ataupun aplikasi.
Jika anda menggunakan “Teknik Pantas” ini, untuk memastikan akaun Facebook anda selamat daripada kena block, saya nasihatkan supaya tidak menghantar iklan @ post ke lebih 50 group dalam masa 1 JAM.
Kalau nak lebih selamat, hantar ke 30 group je setiap 1 jam. Kadar ini adalah SELAMAT & TIDAK MERAGUKAN SAMA SEKALI. InsyaAllah.
Saya sendiri pernah membuat lebih 100 post secara manual menggunakan teknik pantas ini dalam masa lebih kurang 1 jam.
Jadi saya sarankan jika anda nak guna Teknik Pantas ini untuk menghantar iklan secara manual, pastikan anda menghantar maksimum ke 50 group sahaja dalam masa 1 jam. Jangan lebih daripada kadar ini!
Ianya adalah kadar selamat buat masa ini (setakat tutorial ini dibuat). InsyaAllah.
Jika anda nak hantar ke lebih 50 group, pastikan anda melakukannya pada JAM YANG SETERUSNYA. Adalah lebih baik untuk anda bersabar sedikit menunggu “jam seterusnya” daripada akaun FB anda kena sekat dengan pihak FB kerana kerakusan anda. Tak berbaloi!

No comments:

Post a Comment