Thursday, February 19, 2015

Modul 4.1 Sistem Automasi 1 – Software Auto FB Marketer

(Modul 4.1) Sistem Automasi 1 – Software Auto FB Marketer

Software ini saya kongsikan secara percuma kepada anda kerana ianya tiada sekatan (retrisction) untuk saya & anda menggunakannya. Anda nak run di seberapa banyak PC yang anda mahu pun boleh. :-)

1) Download & Run Software

Anda boleh download software ini melalui pautan yang disediakan di bawah;
Klik pautan ni ➜➜➜ PAUTAN DOWNLOAD  (jika tidak berjaya sila SMS admin 019-5522961)
akan dihantar melalui email.
Kotak download akan keluar setelah anda klik pautan di atas. Pastikan anda kemudian save(simpan) fail tersebut di komputer anda.
Fail tersebut dalam format .ZIP. Jika komputer anda sudah mempunyai perisian ZIP @ WINRAR, anda boleh membuka fail download tersebut. Jika komputer anda tidak memiliki mana-mana perisian ZIP @ WINRAR, anda boleh install perisian sokongan yang boleh menyokong untuk membuka fail download tersebut. Sila download & install perisian 7-ZIP sebagai sokongan untuk membantu anda membuka fail software yang telah dimuat turun ke komputer anda.
Pautan perisian sokongan ➜➜➜ 7-ZIP
Setelah anda muat turun fail software Auto FB Marketer ke komputer anda, terus extract fail tersebut. Lihat contoh dalam gambar di bawah;
Dalam contoh gambar di atas, apa yang anda perlu lakukan untuk extract fail tersebut ke komputer anda adalah halakan tetikus anda pada fail yang sudah di muat turun tersebut. Kemudian klik butang kanan & kotak seperti dalam gambar di atas akan keluar.
Pilih “7-Zip” (bergantung kepada perisian yang anda gunakan untuk membukanya). Kemudian pilih “Extract Here”.
Sekiranya anda extract fail tersebut pada desktop anda seperti yang saya lakukan, maka softwareAuto FB Marketer sudah berada pada desktop komputer anda. Nama perisian tersebut adalah Auto FB Marketer. Ianya akan kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah;
Perisian Auto FB Marketer ini anda TIDAK PERLU INSTALL ke komputer anda untuk membolehkan anda menggunakannya. Untuk menggunakan software tersebut, anda hanya perludouble click tetikus anda pada fail tersebut.
Setelah anda klik 2 kali tetikus anda untuk RUN software tersebut, maka ianya akan keluar seperti dalam paparan di bawah;

Jika paparan seperti di atas keluar, maka anda telah berjaya RUN software tersebut pada komputer anda. Tahniah!
Senang kan? :-)

No comments:

Post a Comment