Thursday, February 19, 2015

Module 3 Gear 1 Training - Pengenalan Teknik Pantas

1) Pengenalan Teknik Pantas

Modul ini hanya sebagai LATIHAN (training) untuk anda bagi memahami bagaimana proses pemasaran ini berjalan.
Cara Pantas
Saya sediakan modul ini supaya walaupun anda buat secara manual pemasaran ke group-group percuma di Facebook, tapi kadar kerja yang anda lakukan lebih pantas daripada kebanyakan orang. Lebih banyak group yang anda mampu hantar iklan anda daripada sebelum-sebelum ini walaupun anda buat secara manual.
Dalam masa yang sama anda menghantar iklan secara manual menggunakan cara pantas ini, anda tetap berusaha mempelajari modul 4 (selepas modul 3 ini) iaitu membangunkan Sistem Automasi Penghantaran Iklan anda sendiri. Ini kerana kadar produktiviti anda akan meningkat 3-4 kali ganda jika sistem automasi tersebut berjaya anda bangunkan & aplikasikan dalam pemasaran anda.
Cara pantas menghantar iklan ini dapat diaplikasikan sekiranya anda menggunakan laptop @ komputer. Jika anda menggunakan smartphone, modul ini tidak dapat diaplikasikan.
Apa yang anda perlukan untuk mengaplikasikan teknik ini:
1) Laptop @ komputer
2) Keyboard & Mouse
3) Sambungan internet yang laju (sederhana pun boleh)
4) Bahan pemasaran (ayat iklan, gambar, pautan dan lain-lain)
5) Senarai group yang nak di hantar iklan (hanya group yang anda dibenarkan beriklan di dalamnya)
Jika anda sudah cukup 5 keperluan di atas, jom kita mulakan!

No comments:

Post a Comment