Thursday, February 19, 2015

Module 1 Hala Tuju Trafik

Disebabkan strategi pemasaran ini berpotensi secara meluas untuk menarik trafik @ pelawat tak kira apa jua perniagaan @ servis @ produk yang anda promosikan, maka di sini saya kongsikan pendapat saya tentang cara terbaik untuk anda MENGHALAKAN (menyalurkan) trafik @ pelawat yang anda perolehi.


1) Squeeze Page

Squeeze Page adalah PILIHAN NOMBOR 1 yang saya PALING REKEMEN kepada anda untuk anda salurkan trafik @ pelawat yang anda perolehi daripada Facebook.
Anda tahu apa itu “Squeeze Page”???
Penjelasan ringkas mengenai Squeeze Page:
  • Squeeze Page adalah halaman di mana anda menawarkan sesuatu sebagai tukaran untuk mendapatkan email pelawat halaman tersebut.
  • Sebagai contoh, anda menawarkan KUPON DISKAUN kepada pelawat. Kupon diskaun ini mereka boleh gunakan untuk mendapatkan harga lebih rendah jika membeli sesuatu produk daripada anda.
  • Jadi, sebagai tukaran untuk mendapatkan KUPON DISKAUN tersebut, pelawat perlu memberi anda EMAIL MEREKA.
Secara ringkas, itulah dia “Squeeze Page”. Suatu halaman yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat pelawat @ prospek yang berminat dengan produk yang anda tawarkan.

Selain kupon, anda juga boleh tawarkan ebook percuma kepada mereka. Ebook yang mengandungi tip-tips percuma daripada anda berkaitan niche @ bidang yang anda ceburi. Kalau anda penyedia perkhidmatan katering, mungkin anda boleh tawarkan ebook Tips Mendapatkan Penyedia Perkhidmatan Katering Yang Murah & Berkualiti. Di akhir isi kandungan ebook tersebut anda mungkin boleh letak maklumat untuk mereka menghubungi anda sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan katering daripada anda.
Untuk mendapatkan ebook tips tu tadi, mereka (pelawat) perlu memberi email mereka untuk anda hantarkan ebook tersebut.
Sebenarnya bukan sahaja email yang anda boleh minta sebagai tukaran. Anda juga boleh minta mereka untuk memberikan nombor telefon, alamat kediaman dan macam-macam lagi.
Tapi yang selalunya diminta adalah EMAIL. Lebih mudah, murah & berkesan. :-)
Maklumat prospek yang kita perolehi daripada halaman “Squeeze Page” ini dikenali sebagai DATABASE.
Apa kegunaan DATABASE ni?
Dengan DATABASE tersebut, anda boleh menghubungi mereka (pelawat tadi) untuk menawarkan produk @ servis anda.
Sejauh mana keberkesanannya untuk menjana pendapatan?
SANGAT BERKESAN! InsyaAllah.
Cuba anda bayangkan anda memiliki “database” sebanyak 1000 orang pelanggan. Apabila anda ada sesuatu tawaran menarik, anda terus menghubungi 1000 orang pelanggan ini bagi menawarkan produk anda.
Pengalaman saya, ianya sangat tidak mengecewakan. Kebiasaannya mesti ada jualan baharu yang berjaya dibuat apabila saya membuat “follow up” semua database pelanggan saya. Seronokkan? :-)
Penat la kalau nak hubungi semua 1000 orang sekaligus. Ke ada cara lebih mudah?
Sebenarnya strategi ini melibatkan penggunaan teknologi pihak ketiga untuk menjayakannya. Sebabnya anda akan perlukan sistem AUTORESPONDER untuk mendapatkan sistem yang akan menyimpan maklumat nama & email pelanggan anda. Jika anda nak simpan & buat follow up melalui nombor telefon, anda akan perlukan sistem lain pula. Setiap sistem ada pengkhususan masing-masing.
Apabila anda menggunakan perkhidmatan daripada pihak ketiga ini, anda tidak perlu penat-penat nak susun DATABASE yang anda perolehi satu per satu. Sistem tersebut yang akan susunkan untuk anda. Apabila anda nak buat follow up pula, sistem tersebut juga yang akan anda guna. Kerja anda TAIP je ayat-ayat “menjual” anda dan kemudian tekan butang “Hantar”. Ataupun anda boleh juga tetapkan supaya sistem tersebut menghantar mesej anda kepada semua DATABASE pelanggan anda pada tempoh waktu tertentu.
Contohnya, anda nak hantar pada hari ISNIN – 20 Oktober 2014 pukul 9 pagi. Anda cuma perlu “set” jadual tersebut pada sistem yang anda gunakan. Bila tiba waktunya, sistem tersebut akan buat “kerja” yang anda dah arah tu. Anda cuma tunggu tempahan masuk je. Tak perlu nak contactsetiap sorang satu per satu. Sebab sistem dah buat kerja untuk anda.
Senang kan? :-)
Secara ringkasnya itulah dia “Squeeze Page” dan implikasi penggunaannya.
Anda dapat seseorang pelawat melawat @ membaca tawaran anda mungkin sekali je daripada Facebook. Kalau anda tidak menyalurkan trafik tersebut ke “Squeeze Page”, anda akan perlu buat kerja yang sama setiap hari untuk mendapatkan pelawat tersebut.
Tapi jika anda menyalurkan trafik tersebut ke Squeeze Page anda, kemungkinan besar anda boleh mendapatkan mereka sebagai “pelawat tetap” yang akan membaca setiap tawaran yang anda kemukakan dikemudian hari. Sesetengah daripada mereka ini akan “respons” & sesetengah yang lain akan “silent” apabila kita menghubungi mereka menggunakan sistem yang saya nyatakan sebentar tadi.
Tapi jika kena dengan tawaran, yang “Silent” inilah yang akan menjadi pelanggan yang akan memberi duit mereka kepada anda.  InsyaAllah
1 perkara yang anda perlu tahu untuk memotivasikan anda supaya mengumpul DATABASE PELANGGAN;
“Semakin besar database pelanggan anda, semakin tinggi potensi untuk anda menjana pendapatan yang berkali-kali ganda! insyaAllah…”
Itu sebablah saya letakkan Squeeze Page ini sebagai NOMBOR 1 dalam senarai Modul 1 – Halatuju Trafik ini.
Squeeze page, autoresponder, pemasaran email adalah satu bidang khusus dalam pemasaran internet.
Ini sahaja mampu saya terangkan secara ringkas kepada anda dalam modul ini. Ini kerana saya hanya mahu anda faham terlebih dahulu kenapa saya sarankan anda untuk menghalakan trafik yang anda perolehi daripada Facebook ke Squeeze Page.
Jika anda perlukan penjelasan & tutorial lebih lengkap mengenai perkara ini, tunggu saya keluarkan produk baharu saya dalam bulan NOVEMBER 2014 ini ya. InsyaAllah dalam produk tersebut saya akan terangkan langkah yang lebih terperinci mengenai kaedah ini.

2) Website

Website pula adalah PILIHAN NOMBOR 2 yang saya PALING REKEMEN kepada anda untuk anda salurkan trafik @ pelawat yang anda perolehi daripada Facebook.
Website ni ada banyak jenis.
Tapi kita sebagai penjual online selalunya terlibat dengan 2 jenis website ini sahaja.
  • Website Syarikat@ Perniagaan
  • Minisite Jualan
Saya nak cakap tentang 2 jenis website ni je k. Saya tak nak cakap tentang semua jenis website sbb ada banyak sangat jenis website ni. Tak semuanya saya ketahui. Ada lagi jenis-jenis website yang lain saya tak ketahui.
Cumanya, secara general yang kebanyakan daripada kita guna pada hari ini untuk tujuan perniagaan adalah seperti 2 yang saya nyatakan di atas.
1) Website Syarikat @ Perniagaan
  • Ianya adalah website tentang syarikat, perkhidmatan & produk yang kita tawarkan.
  • Website jenis ini menyediakan hampir keseluruhan maklumat tentang sesuatu perniagaan.
  • Target utama website jenis ini adalah kebiasaannya untuk PENJENAMAAN (Branding).
  • Website jenis ini selalunya berpegang pada prinsip; “Brand First, Profits Come Later…”
Contoh Website Syarikat @ Perniagaan: www.MuslimNiaga.com

2) Minisite Jualan
  • Berbeza dengan Website Syarikat @ Perniagaan, Minisite Jualan pula tidak mendedahkan “gambaran keseluruhan” sesuatu perniagaan.
  • Minisite Jualan lebih memfokuskan untuk “menjual” 1 produk @ servis sahaja. Sebab tu pada namanya ada perkataan “mini”. Kerana sifatnya yang “single” @ tunggal.
  • Minisite Jualan juga kadang-kala digunakan untuk mempromosikan beberapa produk @ servis. Tapi dari segi keberkesanan, adalah lebih berkesan untuk mendapatkan jualan menggunakan MINISITE JUALAN sekiranya hanya fokus pada 1 produk @ servis sahaja.
  • Target utama Minisite Jualan adalah “mendapatkan jualan”.
  • Disebabkan tujuan utamanya adalah untuk menjual, maka website jenis ini berpegang pada prinsip AIDA iaitu Attention, Interest, Desire & Action.
  • Action yang terakhir itu adalah merujuk kepada “berlakunya jualan”. :-)
Contoh Minisite Jualan: www.RajaIklanMalaya.com
Saya harap anda faham dengan 2 penjelasan ringkas saya mengenai 2 jenis website ini.
Persoalannya, kenapa saya rekemen untuk anda salurkan trafik @ pelawat daripada Facebook yang anda perolehi ke website anda?
Ini kerana 2 jenis website tersebut mempunyai tujuan (penjenamaan & mendapatkan jualan) yang akan terlaksana @ tercapai hanya dengan berlakunya KEKERAPAN.
KEKERAPAN yang saya maksudkan di sini adalah kekerapan pelawat-pelawat mengunjungi 2 jenis website ini.
PENJENAMAAN @ BRANDING akan berjaya apabila ramai orang KERAP melihat iklan tentang sesuatu jenama.
JUALAN akan berlaku apabila pelawat KERAP membaca “surat jualan” pada sesuatu website yang akhirnya menyebabkan pelawat tersebut “berminat” dengan apa yang ditawarkan sekaligus meneruskan untuk membuat pembelian @ tempahan.
Disebabkan cara yang kita gunakan untuk mendapatkan trafik daripada Facebook adalah percuma, maka kita boleh KONSISTEN untuk mempromosikan produk @ servis @ perniagaan kita. Semakin konsisten kita membuat promosi, semakin tinggi KEKERAPAN pelawat berada di website kita, semakin tercapailah target & matlamat website tersebut. InsyaAllah… :-)

3) Blog

Blog pula adalah PILIHAN NOMBOR 3 yang saya PALING REKEMEN kepada anda untuk anda salurkan trafik @ pelawat yang anda perolehi daripada Facebook.
Rasanya anda dah faham blog tu apa kan? :-)

Berbeza dengan website,
  • Blog kerap dikemaskini
  • Blog lebih bersifat santai & peribadi
  • Blog selalunya wujud komunikasi 2 hala antara penulis blog dengan pembaca (penggunaan ruangan komen)
  • Blog menarik selalunya mempunyai “peminat” yang tersendiri
  • Blog lebih mudah untuk digubah (alter) ikut citarasa pemiliknya
  • Blog mempunyai banyak kelebihan-kelebihan tersendiri
Sebenarnya, terlalu banyak potensi sesuatu blog yang kita boleh manfaatkan.
Jika anda mempunyai blog, trafik yang anda perolehi daripada Facebook amat sesuai sekali untuk disalurkan ke blog anda. Trafik daripada laman sosial seperti Facebook mempunyai sifat ingin “bersosial”. Apabila trafik tersebut sampai ke blog anda, mereka lebih mudah untuk berinteraksi dengan blog anda seperti komen pada post artikel di blog.
Jika post yang anda buat tersebut menarik & bermanfaat, mereka juga akan lebih mudah untuk “Like” & “Share” post blog anda tersebut. Interaksi ini membantu mempromosikan blog anda secara “viral”.
Kesannya, anda akan mendapat pelawat daripada sumber yang anda sendiri tak sangka-sangka.
Untuk membolehkan perkara ini berlaku, anda perlu membuat post artikel yang “menarik & bermanfaat”. Anda tidak perlu membuat post terlalu kerap seperti 1 artikel setiap hari jika anda tidak mampu & tidak mempunyai masa bagi tujuan tersebut.
Cukup sekadar 1 post “menarik & bermanfaat” anda buat setiap minggu. Sebulan dalam 4-5 post “menarik & bermanfaat” pun sudah dikira cukup.
Apabila anda membuat promosi pada blog anda tersebut, anda boleh pilih untuk membuat promosi pada mana-mana post yang anda telah buat. Tak kisahlah post lama @ post baru, semuanya anda boleh promosikan di Facebook menggunakan strategi pemasaran yang dipelajari melalui produk Raja Iklan Malaya ini.
Jadi, pastikan setiap post “menarik & bermanfaat” yang anda buat di blog anda tersebut bersifat EVERGREEN @ MALAR SEGAR. Inilah rahsianya supaya post yang anda buat boleh dipromosikan sampai bila-bila kerana KUALITINYA tidak luput ditelan zaman.
Jika setiap sebulan anda berjaya kekalkan 4-5 post artikel baru yang “menarik & bermanfaat”, cuba bayangkan kalau anda berterusan selama setahun sedemikian?
Anda dah ada lebih daripada 50 post artikel yang “menarik & bermanfaat” yang anda boleh promosikan sampai bila-bila.
Kerapnya pelawat membaca artikel “menarik & bermanfaat” di blog anda akan membantu meningkatkan kepercayaan & branding terhadap blog anda tersebut. Jadi, lebih mudah untuk anda “menjual” di blog tersebut dengan ramainya “peminat” yang blog anda miliki.
Jika anda ingin membina blog sendiri secara percuma, saya rekemen anda menggunakan mana-mana 2 platform utama ini iaitu;
Jika anda ingin membina blog sendiri yang lebih professional, anda akan perlukan;
  • Nama Domain sendiri seperti www.AdenanPadil.com
  • Hosting sendiri
  • CMS (content management system) yang mudah & mesra enjin carian seperti WordPress.org
Nama Domain sendiri anda boleh beli daripada penyedia domain seperti GoDaddy, Namecheap &Exabytes.
Kalau anda tanya saya menggunakan siapa? Saya guna Namecheap! :-)
Domain sendiri ini biasanya anda perlu bayar dalam 10USD – 11USD setiap tahun bersamaan RM35 – RM40 setiap tahun untuk mengekalkannya.
Hosting sendiri pula anda boleh dapatkan daripada penyedia hosting seperti Hostgator. Saya sendiri menggunakan Hostgator sebagai penyedia hosting saya kerana ketika saya bermula dengan dunia blog, saya menetap di luar negara. Sehingga hari ini pun saya masih lagi menetap di luar negara. Mungkin sehingga tahun 2016, insyaAllah.
Blog & website yang saya bangunkan melibatkan 2 market utama iaitu market tempatan (Malaysia) & market Global. Jadi amat sesuai untuk saya menggunakan penyedia hosting daripada “global”.
Namun jika anda ingin membangunkan blog & website yang memfokus kepada market tempatan (Malaysia), adalah lebih baik untuk anda mendapatkan servis hosting ini daripada penyedia hosting tempatan seperti ExabytesNetKLSempoi HostingJom Hosting, Shinjiru dan lain-lain.
Anda juga boleh mendapatkan Nama Domain daripada penyedia hosting tempatan di atas. Terpulang kepada anda.
Dari segi harga pula, penyedia hosting tempatan selalunya lebih murah & berbaloi. InsyaAllah. :-)
Disebabkan harga penyedia hosting tempatan yang lebih murah, saya nasihatkan supaya anda melanggan pakej hosting dengan bayaran TAHUNAN kerana diskaun lebih banyak diberikan berbanding anda melanggan pakej hosting dengan bayaran BULANAN.
Anda pun tak perlu nak risau kena jaga “maintenance” setiap bulan sebab anda dah siap bayar untuk tempoh 1 tahun.
Jika anda pilih pakej bulanan macam saya, saya kena standby kos “maintenance” bulanan utk kekalkan hosting saya. Dalam erti kata lain, saya perlu bayar setiap bulan kepada penyedia hosting saya supaya blog & website saya kekal boleh dibuka & diakses di internet. Jika saya tidak melakukan “maintenance” ini, akaun hosting saya akan kena gantung (suspend). Kesannya, blog & website saya tidak boleh dibuka & diakses. Jika ini berlaku, maka akan terganggulah kelancaran bisnes online saya. Timbul masalah dah kat situ. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, saya mesti membayar kos “maintenance” bulanan ini kepada penyedia hosting saya.
Disebabkan itulah saya menasihatkan supaya anda memilih pakej bayaran tahunan supaya masalah begini tidak berlaku terhadap bisnes anda. InsyaAllah. :-)
Itu saranan saya jika anda ingin membina blog anda sendiri dengan lebih professional & advance.
Namun jika anda baru lagi dalam dunia blogging, lebih baik anda bermula dengan cara & platform percuma terlebih dahulu melalui WordPress.com @ Blogger.com.
Memiliki blog ni banyak kelebihannya. Anda sendiri kena pandai memanipulasikan teknolosi tersebut untuk kebaikan & kemajuan perniagaan anda. Dengan kelebihan menarik trafik yang anda pelajari melalui produk Raja Iklan Malaya ini, tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan pelawat yang akan membaca post-post di blog anda.
Semakin kerap mereka membaca post anda, semakin banyak manfaat yang mereka pelajari & perolehi daripada blog anda, semakin mereka minat blog anda. Lama-kelamaan, mereka akan menjadi “peminat setia” blog anda. Apa jua yang anda post, mereka akan berinteraksi (komen, like, share) dengan post tersebut.
Konsep “blogging” adalah “mesti banyak memberi”.
Kerana dengan banyaknya memberi, anda akan banyak “menerima” di kemudian hari. InsyaAllah.
Jika blog anda gunakan untuk “memberi kejahatan” seperti menabur fitnah, memburuk-burukkan orang lain, “kejahatan” juga yang anda akan terima dikemudian hari.
Tapi jika blog anda gunakan untuk “memberi manfaat” seperti berkongsi tips-tips berguna kepada pembaca-pembaca anda, maka banyak “hikmah & kebaikan” anda akan perolehi dikemudian hari. InsyaAllah.
Nasihat saya;
“Gunakan blog sebaik-baiknya untuk tujuan yang baik-baik, kerana kebaikan tersebut yang akan menarik kebaikan-kebaikan lain ke dalam hidup anda. InsyaAllah…”

No comments:

Post a Comment